Tuesday 10 April 2012

TELEFON BIMBIT SEBAGAI MODEM

Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit berkeupayaan GPRS/EDGE/3G, anda boleh mengakses Internet melalui komputer riba. Dengan menyambungkan telefon bimbit ke komputer riba, anda boleh melayari Internet pada skrin yang lebih besar berbanding skrin telefon bimbit yang kecil.

Kelebihan telefon bimbit sebagai modem ialah apabila anda tidak memiliki modem USB, atau berada di kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet Jalur lebar, atau di kawasan luar bandar yang tiada perkhidmatan tanpa wayar atau WiFi, telefon bimbit boleh menjadi penyelamat.


Peralatan yang diperlukan ialah:

1) Komputer Riba (Sistem operasi Windows XP akan digunakan dalam contoh ini)
2) Telefon Bimbit (Saya menggunakan Motorola E8)
3) Kabel USB untuk telefon bimbit
4) Perisian pemacu (driver) untuk telefon bimbit anda
5) Rangkaian Selular (Saya menggunakan DiGi EDGE dalam tutorial ini)


Menyambung Telefon ke Komputer:

Pertama sekali anda perlukan kabel data. Sekiranya anda tidak mempunyai kabel data, anda boleh membeli kabel data dari mana-mana kedai aksesori telefon bimbit. Kabel ini akan menghubungkan telefon bimbit dengan komputer melalui palam USB.

Jika anda menggunakan Windows XP, kemungkinan besar Windows memerlukan perisian pemacu (driver) untuk telefon bimbit anda. Perisian pemacu biasanya didatangkan sekali bersama-sama kabel, di mana anda perlu memasangnya (install) ke dalam komputer bagi membolehkan Windows mengesan telefon bimbit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai pemacu driver, anda boleh memuat turun pemacu dari laman web pembekal telefon bimbit. Sila semak buku panduan telefon bimbit yang digunakan. Mulakan dengan membuat carian pemacu di enjin carian Google khusus untuk model telefon anda. Jika kedua-duanya gagal, terdapat satu lagi cara iaitu dengan menggunakan pemacu generik yang boleh berfungsi untuk model telefon bimbit anda.

Gambarajah di bawah menunjukkan pemacu Modem Motorola E8 yang telah dipasangkan ke dalam komputer saya: 



Membuat Sambungan DUN dalam Windows:

Untuk membuat sambungan baru GPRS/EDGE dalam Windows XP

1) Klik Start -> Run
2) Taipkan "control netconnections" dan tekan Enter (Tetingkap New Connections akan muncul)
3) Klik Create a new connection (New Connection Wizard akan muncul)
4) Klik Next
5) Pilih "Connect to the Internet"
6) Klik Next
7) Pilih "Set up my connection manually"
8) Klik Next
9) Pilih "Connect using a dial-up modem"
10) Klik Next
11) Tetapkan nama pembekal Internet (cth: DiGi EDGE)
12) Klik Next
13) Masukkan Nombor Telefon: *99#
14) Klik Next
15) Biarkan Username dan Password kosong
16) Klik Next
17) Tandakan pada pilihan "Add a shortcut to this connection to my desktop"
18) Klik Finish

Klik butang Dial untuk mendail modem telefon. Anda akan terus disambungkan ke talian internet melalui isyarat GPRS atau EDGE bergantung pada liputan kawasan.

Tuesday 3 April 2012

INFO MENGENAI TELEFON BIMBIT

Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat.

Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion, atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia.Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih.

Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.

Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih( GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan! Alexandar Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan.

Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi  masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.

Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.

Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.
Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR CODE  yang melibatkan telefon bimbit berkamera.

Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepundi bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.


Alexandar Graham Bell, Pencipta telefon


Monday 2 April 2012

TELEFON BIMBIT.


Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas  SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan,bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima  gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) 
Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings