Kita biasa dengar notebook dan netbook. Notebook lebih besar berbanding netbook. Apabila lebih besar maka fungsi dan prestasinya lebih baik. Seiring dengan pembangunan teknologi komputer sepantas mata berkelip, kini muncul pula ultrabook. Teknologi baru ini lahir untuk mencantumkan teknologi laptop dan juga tablet.
Apa kelebihan ultrabook?
Sama bentuknya seperti komputer riba lain. Ultrabook bukan mutasi yang bertukar menjadi bentuk pelik di luar imaginasi kita. Sekali pandang, memang sama sahaja. Sebuah komputer riba.
Ultrabook adalah nama rasmi milik Intel iaitu salah satu pengeluar sistem prosessan dunia. Ultrabook dari Intel adalah pesaing baru kepada model seperti Mac Book Air. Model-model ini sangat nipis dan berteknologi tinggi.
Jadi, mana-mana komputer riba yang menggunakan processor Intel dengan spesifikasi tertentu akan dikenali dengan Ultrabook.
Spesifikasi sebuah ultrabook:
- Sangat nipis iaitu kurang daripada 20 millimeter atau 0.8 inci
- Profail yang ringan
- Processor yang rendah kuasa elektrik dengan teknologi Sandy Bridge dan Ivy Bridge
- Ketahanan bateri sehingga 5 jam
- Akses simpanan data yang laju dari state disk drives (SSDs)
- Dilengkapi dengan grafik sedia ada.
- Amat pantas semasa menghidupkan laptop.
Mula dilancarkan pada Oktober 2011 dan antara model-model pertama ultrabook adalah Acer Aspire 3951, Asus Zenbook UX21, Toshiba Portege Z830 dan HP Folio 13.
![]() |
| Asus UX21 ultrabook |
